Sunday, 11 October 2015

Kuala Kangsar, Perak - Labu sayong

Labu Sayong


 
 

 


Perak memang terkenal dengan industri labu sayung iaitu tembikar yang di buat menggunakan tanah liat. segala process pembuatan labu sayong di Kuala Kangsar ini masih menggunakan cara tradisional. Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.
Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.

Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.



Teknik pembuatan labu sayong

Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden.

Pembuatan tradisional

Pembuatan moden :
  • Throwing / Teknik lemparan alin
  • Teknik acuan
  • Teknik sepuh

Sedikit gambar process pembuatan:









Process Pembakaran

semua labu sayong yg sudah siap dibentuk akan di masak atau dibakar. process pembakaran labu ini mengunakan dapur khas, atau ketuhar yang dihidupkan menggukan kayu api.




setelah siap dibakar, ada juga yg diletakan warna menggunakan sekam padi. labu tersebut akan betukar menjadi hitam. Ia bukanlah diwarnakan menggunakan cat, atau dibakar sehingga hangus. cukup dengan menimbus atau menanam labu yang telah masak selama sehari.










selain itu terdapat juga beberapa alatan tradisional yg digunakan di kilang labu ini. hal ini menyebabkan nilai kesenian dan aspek tradisional masih dikekalkan demi mendapatkan kualiti yang asli.













Kebanyakkan lokasi perusahaan ini turut menawarkan pakej lawatan sambil belajar kepada pelbagai agensi, sekolah, IPT, dan dokumentari.









No comments:

Post a Comment